Header Ads

Terbaru video Pengasuh dera bayi lagi

Terbaru video Pengasuh dera bayi lagi | Assalamualaikum kepada semua followers Borak Media, Artikel pada kali ini adalah berjudul Terbaru video Pengasuh dera bayi lagi. Semoga isi kandungan yang kami tulis ini dapat anda fahami dan memberi manfaat kepada anda semua. Selamat membaca.








Terbaru kes seorang bayi lelaki berusia 10 bulan disyaki didera pengasuhnya di Indahpura, dekat Kulai, Johor

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata ibu bayi berkenaan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kulai selepas menonton rakaman video kejadian yang tular di laman Facebook.

Berdasar­kan laporan yang diterima, bayi tersebut diper­cayai didera pengasuh ber­usia 62 tahun yang diupah ibunya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira dua minggu lalu dan terbongkar selepas melihat anaknya dipukul pengasuh tersebut dalam satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook, baru-baru ini.

“Daripada laporan dibuat pengadu iaitu ibu kepada bayi ini, suspek merupakan seorang wanita berusia 62 tahun yang diupah untuk menjaga anaknya. Kami telah mengenal pasti wanita ini.

“Melalui rakaman percakapan, pengadu memaklumkan mengetahui anak­nya dipukul suspek apabila menonton rakaman video Facebook yang kemudiannya mendapati bayi tersebut adalah anaknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dzulkhairi berkata, pengadu juga mengakui pernah mendengar reputasi buruk mengenai suspek daripada orang lain.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001.


sumber : Sinar



Baca juga


No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close